• ppkk22
  • Masjid UniSZA
  • pkk11
  • konvo1
  • pkk66
  • ppkk55

Aluan Pengarah PKK

DRMSaya bagi pihak Pusat Komunikasi Korporat (PKK) amat berbesar hati mengalu-alukan kunjungan pelawat-pelawat ke laman web kami. Sesungguhnya, kami berasa bangga dapat melaksanakan peranan dan tanggungjawab ke arah memacu status UniSZA ke tahap hubungan korporat, kesepaduan komuniti dan aktiviti pengantarabangsaan yang lebih cekap, mapan dan berinovatif.

Secara seriusnya, PKK berhasrat untuk memainkan peranan yang lebih aktif, meluas dan efektif dalam usaha-usaha memanfaatkan kesepakatan jangka panjang bersama industri serta aktiviti-aktiviti universiti yang lebih bersifat “Mesra Komuniti”. Kegigihan ini turut diselaraskan juga dengan usaha-usaha mempromosi, mempererat hubungan serta melonjakkan status program/aktiviti asas yang ada di UniSZA ini ke persada serantau dan antarabangsa. Menerusi rangka-rangka lawatan kerja sedunia, perjanjian-perjanjian persefahaman yang ditandatangani serta kerjasama perkongsian program-program baru, UniSZA dijangka akan mampu menggapai kedudukan yang lebih cemerlang dalam fasa transformasi terbarunya ini

Akhir kata, adalah menjadi harapan kami warga PKK agar kunjungan anda boleh direalisasikan dalam bentuk lawatan sebenar ke kampus supaya dapat mengenali UniSZA secara lebih dekat sambil menikmati keunikan persekitaran, budaya dan adat-resam negeri Terengganu.

DR. MUTIA SOBIHAH BINTI ABD HALIM