Fiesta Sukan KAWAT 2013

Pasukan badminton dan futsal Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) berjaya menewaskan Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) pada Kejohanan Sukan Bersama Media 2012 anjuran Unit Komunikasi Korporat (UKK) UniSZA pada 16 Mac 2012.

Pada perlawanan yang diadakan di Gimnasium UniSZA, Kampus Gong Badak itu, pasukan badminton  UniSZA memenangi perlawanan tersebut dengan agregat 5-2 melalui kemenangan yang dijelmakan oleh tiga beregu lelaki, satu beregu wanita dan satu beregu campuran.

Sementara itu dalam perlawanan futsal di Gelanggang Futsal, UniSZA, kesungguhan yang ditunjukkan oleh pasukan Kawat belum cukup untuk menidakkan kemenangan UniSZA apabila tewas 2-6.

Walaupun Kawat yang terlebih dahulu membuka tirai jaringan, UniSZA tidak mudah melatah apabila mula memperkemaskan permainan mereka dan mendahului 2-1 sehingga tamat separuh masa pertama.

Bermula separuh masa kedua UniSZA yang diwakili oleh beberapa bekas pemain bolasepak Terengganu seperti Zulharisam Awang dan Faziallah Mamat melancarkan serangan bertali arus  dan menambah empat lagi gol sebelum Kawat memperolehi satu lagi gol pada minit-minit akhir perlawanan.

Kejohanan julung kali diadakan ini adalah pendekatan yang diambil oleh pihak UKK dalam usaha merapatkan lagi hubungan antara pihak UniSZA dan warga media di Terengganu yang bernaung dibawah Kawat.

Selain daripada badminton dan futsal, turut dipertandingkan ialah bola sepak yang diadakan pada 18 Mac dan boling pada 19 Mac 2012.

Berita                   KASWADI YUSOFF                          UKK