PKK Rai Media Majlis Berbuka Puasa

Kuala Terengganu: Seramai 70 pengamal media seluruh Terengganu diraikan pada majlis Berbuka Puasa bersama Media pada Ahad lalu bertempat di Sumai Hotel & Apartment.

Program anjuran Pusat Komunikasi Korporat (PKK), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bersempena bulan Ramdhan itu adalah bertujuan mengeratkan dan menjalinkan hubungan kerja yang baik dan ikatan sillaturrahim yang sihat antara kakitangan PKK, UniSZA dan pihak media di samping bertukar idea tentang kerjaya masing-masing.

Selain itu, ianya juga adalah sebagai menghargai kerjasama pihak media sepanjang memberi liputan berkaitan UniSZA serta ketelusan dan kejujuran dalam menyebarkan maklumat serta berita mengenai UniSZA bagi pengamal media melalui medium masing-masing

Majlis turut dihadiri Timbalan Naib Canselor (TNC) ( Penyelidikan & Pembangunan), Prof Dr. Mohd Ekhwan Toriman, TNC (Akademik & Antarabangsa), Prof Dr. Mahdzirah Mohamad, TNC (Hal Ehwal Pelajar Alumni), Prof Dr. Nik Wan Omar, Pendaftar, Prof Madya Nordin Jusoh dan Ketua-ketua Pusat Tanggungjawab (PTj).

Semua pengurusan tertinggi dan kakitangan UniSZA sempat beramah mesra bersama pengamal media serta turut berkongsi pengalaman antara satu sama lain.