MAKE UniSZA Meriah, Lebih 200 Pengamal Media Hadir

Kuala Terengganu : Malam Anugerah Kewartawanan (MAKE) UniSZA 2017 anjuran Pusat Komunikasi Korporat (PKK) kali ketiga di sambut meriah dengan kehadiran para pengamal media cetak dan elektronik yang diadakan di Dewan Gamelan, Hotel Primula dengan bertemakan Denim & White pada 11 April yang lalu.

Majlis yang dihadiri oleh lebih 200 rakan media dari pelbagai agensi itu bertujuan untuk merai dan mengeratkan silaturrahim antara pihak UniSZA dan rakan media selain menghargai jasa dan komitmen yang sentiasa diberikan pihak media cetak dan elektronik dalam membuat liputan berita UniSZA.

Pengarah PKK, Dr. Mutia Sobihah Abd Halim berkata,  penganjuran majlis ini sebagai satu usaha simbolik sanjungan tinggi, penghargaan dan meraikan para pengamal media semua yang telah memberi kerjasama yang mantap dalam membuat liputan berita-berita kejayaan, peristiwa dan aktiviti-aktiviti semasa UniSZA.

Alhamdulillah, syukur kerana setiap tahun, jumlah siaran berita UniSZA di media cetak dan eletronik semakin meningkat dari masa ke masa dan peningkatan ini juga adalah salah satu bantuan dan kerjasama dari pengamal-pengamal media yang hadir membuat liputan berita untuk program dan aktiviti di UniSZA”, katanya.

Pada malam itu juga, UniSZA turut memberi pengiktirafan kepada media cetak dan elektronik meliputi 16 kategori antaranya Anugerah Penghargaan Media, Anugerah Penulisan Berita Terbaik Bahasa Malaysia & Bukan Bahasa Malaysia, Anugerah Foto Terbaik, Anugerah Laporan TV Terbaik, Anugerah Berita Radio Terbaik, Anugerah Liputan Berita Terbanyak (Media Cetak, Eletronik & UniSZA) Anugerah Khas Media UniSZA dan banyak lagi. Selain itu, UniSZA turut menyampaikan Anugerah Khas Media Naib Canselor kepada Wartawan RTM, Mohd Noor Yusof yang banyak membantu UniSZA dalam liputan berita TV di luar kampus dan luar negara.

Selain itu, UniSZA turut memberi sumbangan kepada keluarga Allahyarham Zainuddin Mohammad, wartawan New Strait Times yang diterima oleh wakil NST sebagai tanda menghargai jasa dan penglibatan beliau dalam membuat liputan berkenaan UniSZA. Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan dari artis kebudayaan UniSZA, Anis Suraya dan wakil media serta sesi cabutan bertuah.

Majlis telah dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Brig. Jen. Datuk Prof. Emeritus Dr. Kamarudin Hussin Hadir sama, Naib CanseloR, Prof Dato Dr. Ahmad Zubaidi A. Latif, Timbalan Naib Canselor HEPA, Prof Dr Nik Wan Omar,Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) Prof Ir. Dr. R Ahmad Badlishah, Ketua –ketua Pusat Tangunggjawab (PTj), Dekan-dekan Fakulti dan Kakitangan PKK.